Wednesday, April 20, 2011

Unta- Mencabar Insan Kufur

Bersama Hj Nazri, di ladang unta berdekatan Hudaibiyah. (UMRAH MAC 2011)

Assalamu'alaikum wrm.

ALLAH SWT berfirman (mafhum):

' Tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan?'
AL-GHOSYIYAH: 17

' Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yg menggelegak'

'Iaitu kamu akan minum seperti unta yg berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas'
AL-WAQIAH: 54-55

'Sesungguhnya orang-orang yg mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yg angkuh (merasa dirinya lebih) dpd mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit, dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk dilubang jarum.............'
AL-A'RAF: 40

Unta itu terus berjalan setelah dilepaskan talinya oleh baginda Rasul saw. Ansar melihat dgn penuh pengharapan, di rumah mana ia akan berhenti.

Ia berhenti akhirnya, di rumah Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat yg menjadi rakan niaga ayah Rasulullah saw. Disitulah Rasulullah menetap, menyusuri perhentian unta di rumah itu.

Beruntung Abu Ayyub dan isteri r.h.m., melayani dan berkhidmat untuk kekasih ALLAH SWT.

YA ALLAH! Kami kasih RasulMu!

Sunday, February 6, 2011

Sunyinya........


Assalamu'alaikum wrm.

Hari ini Ahad, 6 Feb. Masyarakat masih lagi bercuti.

Terasa sunyi taman perumahan. Semua pakat balik kg.

Yg kelihatan, hanyalah kucing-kucing jantan yg ligat memburu kucing-kucing betina, mencari 'bau' untuk mengembangkan spesis mereka.........

Terfikir akhirnya, bagaimana sunyinya nanti di dalam qubur?

Tak tau siang dan malam, kegelapan yg mencengkam......

Namun Islam menawarkan cahayanya.......Al-Quran yg dibaca, solat yg dipelihara, sedeqah yg dihulurkan, dan amal solih yg lain, adalah merupakan 'bateri' bertenaga yg akan menerangkan kehidupan di alam yg pasti kita akan ke sana.

Ingat pesan Rasul saw, kita adalah musafir di dalam kehidupan ini. Musafir yg berjaya, sudah tentulah yg membawa bekalan yg secukupnya.

Allahumma, rahmati kami di alan barzakh, bila sampai waktunya.............

Tuesday, December 28, 2010

Lupa dah........



Assalamu'alaikum wrm.

Mungkinkah di saat dan ketika ini peristiwa hijrah sudah mula ghaib dari diri kita? Maklumlah, 2010 akan melabuhkan tirainya 4 hari lagi. Tentu sudah terbayang sekarang di benak fikiran sebahagian masyarakat ttg program-program hiburan yg bakal disajikan.

Sudah terbayang venue programnya, bersama juga kelibat artis-artisnya. Tak lupa juga, ribuan ringgit wang rakyat yg akan hangus dibakar dalam tembakan bunga api.......

Tak termasuk lagi azam-azam yg akan ditanam..........kdg-kdg menjadi retorik kehidupan yg tak pernah padam.

Hilang sudah dari ingatan perjuangan Rasulullah saw, berhijrah untuk mengambil kuasa untuk menegakkan hak-hak ALLAH.

Lupa sudah Ansar dan Muhajirin, 2 kelompok manusia yg dipuji ALLAH di dalam Al-Quran.

Mereka akan dikenang semula pada tahun hadapan, apabila akan ada lagi individu yg dinobatkan sebagai tokoh ma'al hijrah.

Demikian miskinnya peristiwa Hijrah, berbanding Tahun Baru Masihi.

Akhir zaman...........Iqtarobatissa'ah!

Saturday, November 13, 2010

ALLAH pasti membantumu!


Selesai solat Isyak selepas kuliah maghribku di Masjid Kelang Lama, Kulim,pd Isnin yg lalu, aku dihampiri salah seorang dari jamaah yg hadir dalam kuliahku di malam itu.

"Tolong saya Ustaz", katanya, setelah dia memperkenalkan dirinya. (Lupa saya namanya)

"Apa yg boleh saya bantu?" balasku kpdnya. Wajahnya mencerminkan sedikit harapan.

"Saya dah tak boleh baca quran lagi!", katanya dgn wajah yg muram dan menzahirkan sedikit kesedihan.

"Kenapa?" saya membalas dalam usaha mencari sebab musabab untuk cuba mengatasinya.

"Saya terlibat kemalangan jalanraya 8 bulan yg lalu, motor yg saya bawa jatuh ke dalam longkang besar. Patah kaki, patah bahu kanan, dan gegaran pd otak di sebelah kanan", demikian dia menyenaraikan kecederaan yg dialaminya. Saya sedikit tersentak.

Katanya lagi, sejak dia pulih dari kecederaan itu, dia tidak mampu membaca al-quran. Dia kenal huruf al-quran, tapi tidak mampu membacanya. Berulang kali ke hospital termasuk pakar, semuanya dgn jawapan yg sama - masalah pd otaknya.

"Saya nak baca quran, ustaz. Saya rindu nak baca quran."

"Tolong saya ustaz", katanya dgn seribu pengharapan pd wajahnya.

Saya betul-betul tersentak. Inilah kes pertama yg saya jumpa, seseorang tidak mampu membaca al-quran, sdgnkan sebelumnya dia memang rajin membaca akl-quran.

Sekadar ilmu yg saya ada, saya cuba membantunya. Dgn menasihatinya supaya dia terus berdoa kpd ALLAH, saya bacakan beberapa ayat al-quran pd segelas air untuk dia meminumnya.

Mudah2an dimudahkan ALLAH untuk dia kembali dapat membaca al-quran.

Betapa di luar sana, ramai yg sihat otaknya, tapi masih malas membaca al-quran. Semoga kita bukan salah seorang dpd mereka.......


Tuesday, November 2, 2010

Warna-warna kehidupan


Assalamu'alaikum wrm.

1. ALLAH SWT mencipta kehidupan dgn seribu macam warna-warna yg indah.

2. Rasulullah saw merah padam mukanya apabila hak ALLAH cuba dicabuli. Rasul yg mulia menegaskan: ' Demi ALLAH! Jika sekiranya anakku Fatimah didapati bersalah kerana mencuri, akan ku potong tangannya.' (Bukhari).

3. Rasulullah saw ketawa kecil sehingga kelihatan sedikit giginya, apabila seorang ibu tua merajuk dan berkecil hati apabila diberitahu bahawa 'orang tua' tidak boleh masuk ke syurga.

4. Rasulullah saw mendukung Hasan dan Husain r.h.m., cucu kesayangannya, dan dibawanya berlari.

5. Malahan Rasulullah saw berlumba lari dgn A'isyah r.h. Dilayannya A'isyah, seolah-olah Rasulullah saw sebaya umur dgnnya.

6. Rasulullah saw berhadapan musuh tanpa undur. Diperanginya siapa sahaja yg memerangi ALLAH dan ugama ini. Tiada kompromi antara hak dan batil.

7. Ada manusia menjadi diktator sepanjang hari. Bengisnya tidak bertempat.

8. Isteri dilayan seperti hamba abdi. Anak menjauhi, bukan mendekatinya. Tiada ruang perbincangan. Tiada gurauan kemesraan. Rumahnya dirasakan anak isteri bagai sebuah penjara, lebih terseksa rasanya dari penjara di Alcatraz.

9. Ada jiran-jiran yg hanya keluar rumah ke tempat kerja, dan balik semula ke rumah. Masyarakat sekeliling baginya tidak layak bersamanya. Dia tidak mesra masyarakat. Surau masjid baginya hanya setahun sekali.

10. Ada pulak tok-tok guru / ustaz-ustaz yg terlalu serius. Takut hilang ilmunya kalau bergurau senda dgn anak muridnya. Habis dijerkahnya. Yg pakai songkok hitam adalah pesalah-pesalah yg mesti dihukum, tak pakai kupiah pun kena hukum. MESTI DAN WAJIB BERSERBAN! Demikian arahannya.

11. Ayuh, warnailah kehidupan anda.

12. Marah la bila perlu marah, namun tetap didalam kawalan syariat.

13. Bergurau senda la, juga dalam batas yg diizinkan syarak.

14. Semuanya menjadi pahala apabila kena jalan dan gayanya.

15. Hargailah kehidupan ini. Ia hanya datang sekali sahaja.










Monday, October 18, 2010

Kerana taqwa, dia dikenali penghuni langit.


`Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah org yg lebih taqwanya di antara kamu, (bukan keturunan atau bangsanya).........'
AL-HUJURAT : 13

Assalamu'alaikum wrm.

1. Kita adalah sama di sisi ALLAH, sebagai manusia dan hamba ciptaanNya.

2. Kita berbeza di sudut pencapaian iman dan taqwa.

3. Bilal ibn Rabah menjadi tidak bernilai kalau kulit menjadi ukuran.

4. Abu Lahab menjadi bernilai kalau keturunan dan warna kulit di ambil kira.

5. Semuanya dibataskan dgn kalimah TAQWA. Siapa yg lebih taqwanya, dialah yg paling mulia di sisi ALLAH, walau hitam metallic kulitnya, walau sedikit mata pencariannya.

6. Ingat org Yaman yg bernama Uwais Al-Qarni? Sabda Rasul yg mulia ttg dirinya: ' Dia adalah lelaki yg dikenali penghuni langit, tidak di bumi!

7. Semuanya kerana TAQWA.

Sunday, October 17, 2010

Teramat rapuh



Assalamu'alaikum wrm

1. Islam adalah ugama yg mengajak manusia untuk menggunakan aqal semaksima mungkin. Banyak ayat-ayat yg berkaitan dgnnya spt nasihat dan da'wah Ibrahim a.s. kpd ayahnya, bagaimana Ibrahim a.s. melihat bulan dan matahari dalam usahanya untuk berkenalan dgn ALLAH, da'wah Yusuf a.s kpd 2 orang banduan yg sebilik dgnnya, dan banyak lagi.

2. Ayat di atas adalah di antara contohnya. Mengajak manusia berfikir akan rumah yg paling lemah di dalam dunia, iaitulah sarang labah-labah.

3. Sarang labah-labah ini ada 2 sifatnya. Pertama, ia tidak tetap kedudukannya. Ia boleh berada di dalam bilik air, boleh juga berada di bawah meja tulis, kemudian mungkin ia boleh berada di atas pintu dsb. Kedua, ia adalah terlalu lemah dan rapuh. Binatang yg kecil spt nyamuk, serangga, akan sangkut di sesawangnya, tapi kalau burung yg lalu, hancur habis sarangnya dgn kibasan sayap burung itu.

4. Demikian tamsil yg Al-Quran kemukakan.

5. Kalau dalam konteks pengambilan hukum manusia dan menolak hukum ALLAH, dapatlah dilihat dgn jelas.

6. Undang-undang yg manusia cipta menepati keadaan dan ciri-ciri ini.

7. Ia tidak tetap. Kadang-kadang mengalami perubahan yg ketara. Naik saja pemimpin yg baru, maka macam-macam yg diubah. Ditokok tambah, dipinda, diberi nama baru, dan macam-macam lagi.

8. Ia juga amat rapuh. Yg sangkut dan dihukum, kadang-kadang rakyat biasa, yg tak punya apa-apa. Yg dicuri mungkin coklat di pasaraya, dgn harga mungkin 10 ringgit, dijatuhkan hukuman dan disumbat dalam penjara.

9. Yg rasuah, yg pinjam duit dari bank berjuta-juta tapi tak bayar, yg pecah amanah, yg rogol anak orang lain, kadang-kadang 'terlepas' begitu saja. Sebelah mata pun tak pandang, sbb dia ada 'bisa'. Tandatangan dia laku, elaun dia saja menyamai gaji 3 bulan rakyat biasa. Kalau dia dihumban ke penjara pun, layanan dia kelas satu. Siap bagi tv lagi boleh tengok.

10. Inilah sarang labah-labah. Bergantung selain dari ALLAH, menolak hukum ALLAH dan mengagung-agungkan undang-undang manusia yg bercanggah dgn AL-Quran. Tiada keadilan di dalam undang-undang sarang labah-labah, melainkan kezaliman yg tidak bertepi.

11. Kembalilah kpd ALLAH dan RasulNya.