Monday, September 6, 2010

Buih-buih di lautan?

Dah hampir 3 juta ummat Islam di Haram skrg ini

Assalamu'alaikum wrm.

Alhamdulillah, jumlah yg begitu ramai, semuanya memburu maghfirah Allah, mengintai-intai lailatul qadar.

Daripada yg berkulit putih, sehinggalah yg gelap kulitnya, semuanya mengharap redhoNya.

Cuma terfikir, kenapa jumlah yg sebegini ramai, di bumi yg penuh keberkatan, masih lagi tidak menunjukkan kesatuan aqidah yg sebenarnya.

Masih ramai di kalangan ummat Islam yg menghabiskan waktu membahaskan perkara furu'iyah. Perbahasan yg meletihkan, yg kadang-kadang akhirnya menimbulkan bibit-bibit kebencian.

Di Parit Buntar bulan Ramadhan ini, sudah diedarkan risalah bhw Solat Tarawikh 8 rakaat itu adalah tidak sah. Yg sahnya, 20 rakaat.

Orang dah sampai ke bulan, kita ummat Islam dok sebok lagi 8 ke 20.

Itu belum dikira yg memperlekehkan Imam Syafie r.h.m., Imam Al-Ghazali dll ulamak muktabar.

Belum masuk lagi baca Basmalah secara jahar, wiris lepas solat dsb.

Belum lagi tahlil aruah, sampai ke tidak bacaan kpd si mati.....

Yahudi, Nasara, JIL, tersenyum puas.

Bilangan yg ramai.......... sekadar menjadi Ilusi, tidak Realiti. Buih-buih di lautan, yg akan berkecai bila terhempas di pantai.

Ya ALLAH! Satukanlah ummat ini.

Friday, September 3, 2010

Macam-macam ada!


Assalamua'laikum wrm.

Tarawikh sebentar tadi, aku menjadi Imam dan seterusnya menyampaikan tazkirah untuk mlm yg ke 24 Ramadhan. Di Masjid Kg Tengah, Berapit, Bukit Mertajam.

Sebelum bermulanya solat tarawikh, pihak jawatankuasa Masjid datang berbisik kpd ku, supaya aku berhenti pd rakaat yg ke-6 untuk menyambung tazkirah.

Aku katakan: ' Selalunya berhenti pd 4, atau habiskan terus 8 rakaat, kemudian tazkirah', demikian aku melontarkan pandanganku.

Tok bilal jawab:' Berhenti pd 6 Ustaz, supaya depa tak lari, dan dapat dgq tazkirah.'

Macam-macam usaha yg dilakukan oleh pehak masjid untuk mengepung jamaah di qaryah masing-masing, yg rata-ratanya datang setahun sekali sahaja, supaya dapat membezakan yg mana sunat dan yg mana wajib.

Menuntut Ilmu wajib, solat tarawikh sunat. Kadang-kadang pulun yg sunat, tinggalkan yg wajib. Satu pengkhianatan terhadap diri sendiri. Mencampak diri jauh-jauh ke lembah kejahilan.

Alhamdulillah, tak da seorang pun yg bangun untuk balik.

Ada juga yg bangun keluar, mungkin nak hisap rokok kut!