Wednesday, April 20, 2011

Unta- Mencabar Insan Kufur

Bersama Hj Nazri, di ladang unta berdekatan Hudaibiyah. (UMRAH MAC 2011)

Assalamu'alaikum wrm.

ALLAH SWT berfirman (mafhum):

' Tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan?'
AL-GHOSYIYAH: 17

' Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yg menggelegak'

'Iaitu kamu akan minum seperti unta yg berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas'
AL-WAQIAH: 54-55

'Sesungguhnya orang-orang yg mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yg angkuh (merasa dirinya lebih) dpd mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit, dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk dilubang jarum.............'
AL-A'RAF: 40

Unta itu terus berjalan setelah dilepaskan talinya oleh baginda Rasul saw. Ansar melihat dgn penuh pengharapan, di rumah mana ia akan berhenti.

Ia berhenti akhirnya, di rumah Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat yg menjadi rakan niaga ayah Rasulullah saw. Disitulah Rasulullah menetap, menyusuri perhentian unta di rumah itu.

Beruntung Abu Ayyub dan isteri r.h.m., melayani dan berkhidmat untuk kekasih ALLAH SWT.

YA ALLAH! Kami kasih RasulMu!

Sunday, February 6, 2011

Sunyinya........


Assalamu'alaikum wrm.

Hari ini Ahad, 6 Feb. Masyarakat masih lagi bercuti.

Terasa sunyi taman perumahan. Semua pakat balik kg.

Yg kelihatan, hanyalah kucing-kucing jantan yg ligat memburu kucing-kucing betina, mencari 'bau' untuk mengembangkan spesis mereka.........

Terfikir akhirnya, bagaimana sunyinya nanti di dalam qubur?

Tak tau siang dan malam, kegelapan yg mencengkam......

Namun Islam menawarkan cahayanya.......Al-Quran yg dibaca, solat yg dipelihara, sedeqah yg dihulurkan, dan amal solih yg lain, adalah merupakan 'bateri' bertenaga yg akan menerangkan kehidupan di alam yg pasti kita akan ke sana.

Ingat pesan Rasul saw, kita adalah musafir di dalam kehidupan ini. Musafir yg berjaya, sudah tentulah yg membawa bekalan yg secukupnya.

Allahumma, rahmati kami di alan barzakh, bila sampai waktunya.............

Tuesday, December 28, 2010

Lupa dah........



Assalamu'alaikum wrm.

Mungkinkah di saat dan ketika ini peristiwa hijrah sudah mula ghaib dari diri kita? Maklumlah, 2010 akan melabuhkan tirainya 4 hari lagi. Tentu sudah terbayang sekarang di benak fikiran sebahagian masyarakat ttg program-program hiburan yg bakal disajikan.

Sudah terbayang venue programnya, bersama juga kelibat artis-artisnya. Tak lupa juga, ribuan ringgit wang rakyat yg akan hangus dibakar dalam tembakan bunga api.......

Tak termasuk lagi azam-azam yg akan ditanam..........kdg-kdg menjadi retorik kehidupan yg tak pernah padam.

Hilang sudah dari ingatan perjuangan Rasulullah saw, berhijrah untuk mengambil kuasa untuk menegakkan hak-hak ALLAH.

Lupa sudah Ansar dan Muhajirin, 2 kelompok manusia yg dipuji ALLAH di dalam Al-Quran.

Mereka akan dikenang semula pada tahun hadapan, apabila akan ada lagi individu yg dinobatkan sebagai tokoh ma'al hijrah.

Demikian miskinnya peristiwa Hijrah, berbanding Tahun Baru Masihi.

Akhir zaman...........Iqtarobatissa'ah!