Monday, September 6, 2010

Buih-buih di lautan?

Dah hampir 3 juta ummat Islam di Haram skrg ini

Assalamu'alaikum wrm.

Alhamdulillah, jumlah yg begitu ramai, semuanya memburu maghfirah Allah, mengintai-intai lailatul qadar.

Daripada yg berkulit putih, sehinggalah yg gelap kulitnya, semuanya mengharap redhoNya.

Cuma terfikir, kenapa jumlah yg sebegini ramai, di bumi yg penuh keberkatan, masih lagi tidak menunjukkan kesatuan aqidah yg sebenarnya.

Masih ramai di kalangan ummat Islam yg menghabiskan waktu membahaskan perkara furu'iyah. Perbahasan yg meletihkan, yg kadang-kadang akhirnya menimbulkan bibit-bibit kebencian.

Di Parit Buntar bulan Ramadhan ini, sudah diedarkan risalah bhw Solat Tarawikh 8 rakaat itu adalah tidak sah. Yg sahnya, 20 rakaat.

Orang dah sampai ke bulan, kita ummat Islam dok sebok lagi 8 ke 20.

Itu belum dikira yg memperlekehkan Imam Syafie r.h.m., Imam Al-Ghazali dll ulamak muktabar.

Belum masuk lagi baca Basmalah secara jahar, wiris lepas solat dsb.

Belum lagi tahlil aruah, sampai ke tidak bacaan kpd si mati.....

Yahudi, Nasara, JIL, tersenyum puas.

Bilangan yg ramai.......... sekadar menjadi Ilusi, tidak Realiti. Buih-buih di lautan, yg akan berkecai bila terhempas di pantai.

Ya ALLAH! Satukanlah ummat ini.

Friday, September 3, 2010

Macam-macam ada!


Assalamua'laikum wrm.

Tarawikh sebentar tadi, aku menjadi Imam dan seterusnya menyampaikan tazkirah untuk mlm yg ke 24 Ramadhan. Di Masjid Kg Tengah, Berapit, Bukit Mertajam.

Sebelum bermulanya solat tarawikh, pihak jawatankuasa Masjid datang berbisik kpd ku, supaya aku berhenti pd rakaat yg ke-6 untuk menyambung tazkirah.

Aku katakan: ' Selalunya berhenti pd 4, atau habiskan terus 8 rakaat, kemudian tazkirah', demikian aku melontarkan pandanganku.

Tok bilal jawab:' Berhenti pd 6 Ustaz, supaya depa tak lari, dan dapat dgq tazkirah.'

Macam-macam usaha yg dilakukan oleh pehak masjid untuk mengepung jamaah di qaryah masing-masing, yg rata-ratanya datang setahun sekali sahaja, supaya dapat membezakan yg mana sunat dan yg mana wajib.

Menuntut Ilmu wajib, solat tarawikh sunat. Kadang-kadang pulun yg sunat, tinggalkan yg wajib. Satu pengkhianatan terhadap diri sendiri. Mencampak diri jauh-jauh ke lembah kejahilan.

Alhamdulillah, tak da seorang pun yg bangun untuk balik.

Ada juga yg bangun keluar, mungkin nak hisap rokok kut!

Monday, August 9, 2010

Tahan la sikit





Assalamu'alaikum wrm.

1. Esok bermula solat tarawikh.

2. Datang menjengah kita setahun sekali.

3. Solat dgn tenang. Tak kisah la 8 atau 20 rakaat. Yang penting, merebut peluang keemasan ini.

4. Terasa la lenguh-lenguh sikit. Lutut dan buah betis conform lenguh punya. Tahan la sikit.



5. Cuma sedih, kerana semangat beribadah hanya di bulan Ramadhan saja. Bulan lain seolah-olah tidak dipedulikan. Semoga Ramadahan kali ini dapat mengubah sikap.

6. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Dah beli buah Tamar?

Monday, July 26, 2010

Hikmah yg berpanjangan





Assalamu'alaikum wrm.

1. Di antara adab sopan manusia dgn penciptaNya ialah sentiasa menyangka baik dgn ALLAH dalam apa jua situasi yg timbul dalam kehidupannya.

2. ALLAH, Zat Yang Maha Pengasih, tidak pernah menzolimi hamba-hambaNya, dalam apa keadaan sekalipun, walaupun hambaNya berfikir dan menyangka sebaliknya.

3. Semua yg ditentu ALLAH punya hikmah di sebaliknya.

4. Firman ALLAH SWT:





Maksud: ' Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu adalah perkara yg kamu benci; dan boleh jadi KAMU BENCI KPD SESUATU PADAHAL IA BAIK BAGI KAMU, dan boleh jadi KAMU SUKA KPD SESUATU PADAHAL IA BURUK BAGI KAMU. Dan ALLAH jualah yg mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.'
AL-BAQARAH: 216


Bersangka baik lah dgn penciptamu...................

Friday, July 23, 2010

BUTA




Assalamu'alaikum wrm.

1. Entah berapa ribu kali sudah kita memohon kpd ALLAH akan jalan yg lurus.

2. Dalam solat fardhu, solat sunat, solat jenazah, malahan apa jenis solat sekalipun, itu lah antara yg dipohon.

3. Persoalannya, kadang-kadang ia hanya habis di bibir sahaja. Tidak membekas di dalam kehidupannya.

4. Nafsunya masih menjadi 'Tuhannya'. Membimbingnya ke jalan yg bengkok. Dia terperangkap dan terpedaya dalam pujukan nafsu syaitannya.

5. Jalan-jalan keselamatan menuju hidayah dibentang ALLAH di hadapan matanya. Namun, mata hatinya buta.

6. Dia tidak dapat melihat kebaikan dari majlis-majlis 'ilmu. Dianggapnya biasa sahaja, sedangkan ribuan malaikat berada di dalamnya. Bersedia untuk berdoa kpd ALLAH agar diampun dosa yg menghadirinya.

7. Dia gagal memahami konsep penurunan Al-Quran.

8. Dia berpuasa, tetapi hanya memperolehi lapar dahaga sahaja.

9. Dia menunaikan ibadah haji dan umrah. Baginya, hanya sekadar pergi kerana duit simpanan dah cukup. Bergambar dan pulang ke Malaysia. Dia tidak mengenali perjuangan Rasulullah saw. Dia pulang, dan seperti biasa, menjadi penentang kpd sunnah Rasul yg mulia.

10. Dia terus buta, walaupun lidahnya setiap hari memohon jln yg lurus.

11. Dia akan buta di akhirat, malahan lebih sesat lagi.

ALLAH berfirman:



Maksud: " Dan (sebaliknya) sesiapa yg berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.
AL-ISRAK: 72


Monday, May 31, 2010

UMRAH


U M R A H
1-13 JUN

DOAKAN SAYA DAN JAMAAH.

JUMPA NANTI SEKEMBALI DARI HARAMAIN, INSYAALLAH.

Saturday, May 22, 2010

Penghuni kerak neraka

Assalamu'alaikum wrm.

1. Di antara tuduhan-tuduhan palsu yg sering dilemparkan kpd golongan yg menyeru masyarakat supaya balik dan berpegang dgn Islam ialah tuduhan pemecah-belah masyarakat.

2. Ia bukan tuduhan yg baru. Ia sudah wujud semenjak adanya seruan kebenaran yg disampaikan para Rasul a.h.m.s.

3. Tuduhan seperti ini seolah-olah telah disepakati oleh penentang Islam sejak mereka belum lahir lagi kedunia ini. Seolah-olah mereka sudah berjanji di alam ruh.

4. Al-Quran dgn jelas mendidik kita siapakah pemecah-belah masyarakat yg sebenarnya.

5. Firman ALLAH SWT:
Maksud: "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yg betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yg lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yg lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan ALLAH. Dengan yg demikian itulah ALLAH perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa."

AL-AN'AM: 153

6. Yg mengikut lain dpd jalan Islam lah pemecah-belah yg sebenarnya.

7. Mereka lah syaitan berkaki dua, yg berlindung di sebalik ugama.

8. Hati mereka lebih busuk dpd bangkai babi. Mereka merubah dan merungkai perintah dan hukum ALLAH sesuka hati mereka. Halal haram bagi mereka hanya mainan sahaja.

9. Mereka melihat Al-Quran seperti lembaran-lembaran akhbar yg dijual di tepi jalan.

10. Mereka layak menghuni kerak api neraka.