Friday, September 3, 2010

Macam-macam ada!


Assalamua'laikum wrm.

Tarawikh sebentar tadi, aku menjadi Imam dan seterusnya menyampaikan tazkirah untuk mlm yg ke 24 Ramadhan. Di Masjid Kg Tengah, Berapit, Bukit Mertajam.

Sebelum bermulanya solat tarawikh, pihak jawatankuasa Masjid datang berbisik kpd ku, supaya aku berhenti pd rakaat yg ke-6 untuk menyambung tazkirah.

Aku katakan: ' Selalunya berhenti pd 4, atau habiskan terus 8 rakaat, kemudian tazkirah', demikian aku melontarkan pandanganku.

Tok bilal jawab:' Berhenti pd 6 Ustaz, supaya depa tak lari, dan dapat dgq tazkirah.'

Macam-macam usaha yg dilakukan oleh pehak masjid untuk mengepung jamaah di qaryah masing-masing, yg rata-ratanya datang setahun sekali sahaja, supaya dapat membezakan yg mana sunat dan yg mana wajib.

Menuntut Ilmu wajib, solat tarawikh sunat. Kadang-kadang pulun yg sunat, tinggalkan yg wajib. Satu pengkhianatan terhadap diri sendiri. Mencampak diri jauh-jauh ke lembah kejahilan.

Alhamdulillah, tak da seorang pun yg bangun untuk balik.

Ada juga yg bangun keluar, mungkin nak hisap rokok kut!

1 comment:

  1. Alhamdulillah,
    Jelaslah tentang
    Sifat Golongan ke Neraka dan Golongan ke Syurga.
    Sila dengar....
    http://bahasaislamkhalidkr.blogspot.com/2010/09/tazkirah-23-ramadan-sifat-golongan-ke.html

    ReplyDelete