Sunday, April 25, 2010

Ekor pun bergelumang najis........


Maksud: " Wahai orang-orang yg beriman! Bertaubatlah kamu kpd ALLAH dgn sebenar-benar taubat, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yg mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari ALLAH tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dgnnya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafiq meraba-raba di dalam kegelapan): " Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kpd kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
AT-TAHRIM: 8

Assalamu'alaikum wrm.

Al-hafiz, Imam Ibnu Hajar Asqalani, (773 - 852H) r.h.m., telah memuatkan sebuah ucapan yg pernah diucapkan oleh Sufyan As-Tsauri, r.h.m. yg berbunyi:

' Semua dosa kerana nafsu, masih ada harapan pengampunannya. Semua dosa kerana takabbur, amat jauh dari pengampunanNya. Ini adalah kerana dosa Iblis berpunca dari takabbur, manakala dosa Adam a.s. berpunca dari nafsu.'

1. Adam dan Hawa a.h.m.s. bukan sahaja menghampiri pohon yg dilarang ALLAH untuk dihampiri, bahkan turut memakan buah terlarang. Akibatnya, Adam dan Hawa menerima perintah untuk turun ke bumi. Semuanya kerana nafsu. Mereka bertaubat kpd ALLAH. Taubat mereka diterima. (Al-A'Raf: 23).

2. Dalam Sohih Muslim, ada hadith yg menceritakan ttg seorang lelaki yg telah membunuh 100 manusia . Dia menyesal dan bertaubat. Dalam perjalanan untuk bertemu dgn guru yg boleh membimbingnya ke jalan yg benar, dia dimatikan ALLAH. Dia dimasukkan ALLAH ke dalam Syurga, kerana niat ikhlasnya untuk kembali kpd ALLAH.

3. Dosa-dosa yg telah dilakukan atas ikutan nafsu, spt berjudi, berzina, minum arak dsb, terus sajalah kita bertaubat kpd ALLAH. Berjanji tak mau mengulangi lagi kesalahan itu. Itu syarat ketat untuk diterima taubat.

4. Di Hulu Selangor, dosa besar yg dilakukan oleh org lain, dijadikan kempen modal politik. Dibuka semua kesalahan orang demi pangkah di kertas undi. Orang ini minum arak, taik arak, kuda lumba, bla bla bla....... Macam la yg bercakap itu suci sesucinya! Walhal, ekor pun bergelumang dgn najis. Sebok berkokok siang dan malam. Demi pangkat dan jawatan, semuanya halal!

5. Kata Sufyan As-Tsauri lagi, dosa takabbur tidak diampun ALLAH kerana dosa iblis berpunca dari takabbur. Dia kata dia dpd api, Adam dari tanah. Dia tidak mahu hormat pd Adam a.s. Dia menyanggah perintah ALLAH.

6. Para sahabat pernah bertanya Rasulullah saw ttg makna takabbur. Antaranya Rasulullah saw bersabda - " Kamu menolak kebenaran."

7. Tolak hukum Al-Quran, tolak sunnah Rasulullah saw, meragui kebenaran Islam, menulis, berpidato, berkempen menentang Islam yg benar ini - Semuanya membawa pelakunya ke dalam Neraka!

8. Selamat mengundi kpd pengundi-pengundi di Hulu Selangor.

9. Semoga kezaliman tersungkur, dan senyuman terukir menjelang malam nanti...........

No comments:

Post a Comment