Tuesday, November 2, 2010

Warna-warna kehidupan


Assalamu'alaikum wrm.

1. ALLAH SWT mencipta kehidupan dgn seribu macam warna-warna yg indah.

2. Rasulullah saw merah padam mukanya apabila hak ALLAH cuba dicabuli. Rasul yg mulia menegaskan: ' Demi ALLAH! Jika sekiranya anakku Fatimah didapati bersalah kerana mencuri, akan ku potong tangannya.' (Bukhari).

3. Rasulullah saw ketawa kecil sehingga kelihatan sedikit giginya, apabila seorang ibu tua merajuk dan berkecil hati apabila diberitahu bahawa 'orang tua' tidak boleh masuk ke syurga.

4. Rasulullah saw mendukung Hasan dan Husain r.h.m., cucu kesayangannya, dan dibawanya berlari.

5. Malahan Rasulullah saw berlumba lari dgn A'isyah r.h. Dilayannya A'isyah, seolah-olah Rasulullah saw sebaya umur dgnnya.

6. Rasulullah saw berhadapan musuh tanpa undur. Diperanginya siapa sahaja yg memerangi ALLAH dan ugama ini. Tiada kompromi antara hak dan batil.

7. Ada manusia menjadi diktator sepanjang hari. Bengisnya tidak bertempat.

8. Isteri dilayan seperti hamba abdi. Anak menjauhi, bukan mendekatinya. Tiada ruang perbincangan. Tiada gurauan kemesraan. Rumahnya dirasakan anak isteri bagai sebuah penjara, lebih terseksa rasanya dari penjara di Alcatraz.

9. Ada jiran-jiran yg hanya keluar rumah ke tempat kerja, dan balik semula ke rumah. Masyarakat sekeliling baginya tidak layak bersamanya. Dia tidak mesra masyarakat. Surau masjid baginya hanya setahun sekali.

10. Ada pulak tok-tok guru / ustaz-ustaz yg terlalu serius. Takut hilang ilmunya kalau bergurau senda dgn anak muridnya. Habis dijerkahnya. Yg pakai songkok hitam adalah pesalah-pesalah yg mesti dihukum, tak pakai kupiah pun kena hukum. MESTI DAN WAJIB BERSERBAN! Demikian arahannya.

11. Ayuh, warnailah kehidupan anda.

12. Marah la bila perlu marah, namun tetap didalam kawalan syariat.

13. Bergurau senda la, juga dalam batas yg diizinkan syarak.

14. Semuanya menjadi pahala apabila kena jalan dan gayanya.

15. Hargailah kehidupan ini. Ia hanya datang sekali sahaja.










No comments:

Post a Comment