Monday, April 26, 2010

Alamat nak bungkus la tu


Kalah, tapi puas dan membungakan harapan baru untuk PRU 13.

Muhyidin kata majoriti 6000 undi!

Belanja puluhan juta, majoriti tak sampai 2 ribu undi!

Kata mereka, Cina tak sokong mereka.

India dan melayu veteran sahaja yg ingin bersama.

Alamat nak bungkus la tak lama lagi.

Tungguuuuuuuu..................

Sunday, April 25, 2010

Ekor pun bergelumang najis........


Maksud: " Wahai orang-orang yg beriman! Bertaubatlah kamu kpd ALLAH dgn sebenar-benar taubat, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yg mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari ALLAH tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dgnnya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafiq meraba-raba di dalam kegelapan): " Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kpd kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
AT-TAHRIM: 8

Assalamu'alaikum wrm.

Al-hafiz, Imam Ibnu Hajar Asqalani, (773 - 852H) r.h.m., telah memuatkan sebuah ucapan yg pernah diucapkan oleh Sufyan As-Tsauri, r.h.m. yg berbunyi:

' Semua dosa kerana nafsu, masih ada harapan pengampunannya. Semua dosa kerana takabbur, amat jauh dari pengampunanNya. Ini adalah kerana dosa Iblis berpunca dari takabbur, manakala dosa Adam a.s. berpunca dari nafsu.'

1. Adam dan Hawa a.h.m.s. bukan sahaja menghampiri pohon yg dilarang ALLAH untuk dihampiri, bahkan turut memakan buah terlarang. Akibatnya, Adam dan Hawa menerima perintah untuk turun ke bumi. Semuanya kerana nafsu. Mereka bertaubat kpd ALLAH. Taubat mereka diterima. (Al-A'Raf: 23).

2. Dalam Sohih Muslim, ada hadith yg menceritakan ttg seorang lelaki yg telah membunuh 100 manusia . Dia menyesal dan bertaubat. Dalam perjalanan untuk bertemu dgn guru yg boleh membimbingnya ke jalan yg benar, dia dimatikan ALLAH. Dia dimasukkan ALLAH ke dalam Syurga, kerana niat ikhlasnya untuk kembali kpd ALLAH.

3. Dosa-dosa yg telah dilakukan atas ikutan nafsu, spt berjudi, berzina, minum arak dsb, terus sajalah kita bertaubat kpd ALLAH. Berjanji tak mau mengulangi lagi kesalahan itu. Itu syarat ketat untuk diterima taubat.

4. Di Hulu Selangor, dosa besar yg dilakukan oleh org lain, dijadikan kempen modal politik. Dibuka semua kesalahan orang demi pangkah di kertas undi. Orang ini minum arak, taik arak, kuda lumba, bla bla bla....... Macam la yg bercakap itu suci sesucinya! Walhal, ekor pun bergelumang dgn najis. Sebok berkokok siang dan malam. Demi pangkat dan jawatan, semuanya halal!

5. Kata Sufyan As-Tsauri lagi, dosa takabbur tidak diampun ALLAH kerana dosa iblis berpunca dari takabbur. Dia kata dia dpd api, Adam dari tanah. Dia tidak mahu hormat pd Adam a.s. Dia menyanggah perintah ALLAH.

6. Para sahabat pernah bertanya Rasulullah saw ttg makna takabbur. Antaranya Rasulullah saw bersabda - " Kamu menolak kebenaran."

7. Tolak hukum Al-Quran, tolak sunnah Rasulullah saw, meragui kebenaran Islam, menulis, berpidato, berkempen menentang Islam yg benar ini - Semuanya membawa pelakunya ke dalam Neraka!

8. Selamat mengundi kpd pengundi-pengundi di Hulu Selangor.

9. Semoga kezaliman tersungkur, dan senyuman terukir menjelang malam nanti...........

Tuesday, April 20, 2010

Kemuliaan Akhirat


Maksud: 'Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal solih yg kekal faedahnya itu lebih baik pd sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yg memberi harapan.'
AL-KAHF: 46

Assalamu'alaikum wrm.

Telah berkata 'Umar r.h. - ' Kemuliaan dunia dengan harta, sedangkan kemuliaan akhirat diperolehi dgn amal-amal solih.'

1. Harta yang dikurniakan ALLAH adalah ni'mat.

2. Ia adalah alat, bukan matlamat.

3. Tumpang harta benda dunia untuk menuju akhirat.

4. Berapa ramai yg berharta, tetapi tak mampu untuk menunaikan ibadah dgn baik.

5. Banyak harta, tetapi dihijab hati dan perasaan untuk mengunjungi Rasullah saw dan Baitullah.

6. Biar sedikit harta, tetapi membawa berkat, dpd banyak, tetapi menjadi spt Qarun, dila'nat ALLAH dan dihukum ALLAH.

7. Tiada kemuliaan, melainkan menerima nilaian itu dari ALLAH SWT.

8. Kemuliaan dan keselamatan di akhirat adalah cita-cita bsar orang beriman. Ia hanya boleh dicapai melalui amal-amal yg solih.

Wednesday, April 14, 2010

Belajar dari Belatuk



Maksud: 'Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kpd Sulaiman a.s.): " Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yg engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kpdmu dari negeri Sabak (Yaman tua) dgn membawa khabar berita yg diyaqini kebenarannya.'

' Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka, dan ia telah diberikan kpdnya dari tiap-tiap satu yg diperlukan (utuk memerintah), dan ia pula mempunyai singgasana yg besar'

'Aku dapati Raja perempuan itu dan kaumnya sujud kpd matahari dgn meninggalkan penyembahan kpd ALLAH, dan syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yg benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk.'

AN-NAML: 22-24

Assalamu'alaikum wrm.

1. Sebahagian dari dailog di antara burung belatuk dan Nabi Sulaiman a.s.

2. Belatuk hilang dan tidak hadir dalam satu perbarisan tentera yg diadakan oleh Sulaiman a.s.

3. Rupanya belatuk terbang dari Palestine ke Yaman, dgn jarak 2000km. Melakukan peninjauan dan risikan terhadap kesyirikan yg dilakukan oleh Balqis dan rakyatnya pd waktu itu.

4. Belatuk pulang setelah terbang sejauh itu. Belatuk melaporkan kpd Sulaiman a.s. apa yg dilihatnya. Seinci perkataan pun belatuk tidak berdusta.

5. Pesta berbohong dan menabur janji palsu sudah pun bermula di Hulu Selangor.

6. Lembut gigi dari lidah. Janji lama pun masih tak tertunai. Berjanji lagi untuk dimungkiri. Ini kerja si munafiq.

7. Baik lagi burung belatuk yg tak pernah masuk Univ, dari manusia yg dianggap cerdik dgn jawatan tinggi masing-masing.

8. Ini lah penangan politik tanpa aqidah, tanpa maruah dan mengebumikan kebenaran.

9. Mereka mesti belajar dari burung belatuk ini.



Monday, April 12, 2010

Umpama 2 binatang tunggangan


Maksud: " Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdo'a dgn berkata: " Wahai Tuhanku! ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur akan ni'matMu yg Engkau kurniakan kpdku dan kpd kedua ibu-bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal solih yg Engkau redhai; dan masukkanlah aku - dgn limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yg solih."
AN-NAML: 19

Ada beberapa perkara besar di dalam ayat di atas:

1. Mu'jizat Nabi Allah Sulaiman a.s., dapat mendengar semut berkata-kata. Kata Imam Al-Qurtubi, Nabi Sulaiman boleh mendengarnya dgn jarak sejauh 6 batu.

2. Syukur atas segala ni'mat yg ALLAH kurniakan. Bila kita bersyukur, ALLAH akan menambah ni'matNya. Ini janji ALLAH. Kata 'Umar r.h., syukur dan sabar itu adalah umpama 2 binatang tunggangan yg aku tidak peduli mana satu yg akan aku naiki.

3. Melakukan 'amal solih untuk meraih redha ALLAH. Bila ALLAH redha atas seseorang, syurgalah tempat tinggalnya. Carilah redha ALLAH walau dimarahi manusia, jangan cari redha manusia dgn bernaung di bawah kemurkaan ALLAH.

4. Hidup di bawah rahmat dan kasih sayangNya. Tanpa rahmatNya, hidup adalah kosong, penuh dgn keluh kesah dan kesempitan jiwa.

Sunday, April 11, 2010

Blog baru

Assalamu'alaikum wrm.

Akibat serangan virus, blog yg lama tinggal kenangan sahaja. Ini lah yg terbaru. Posting akan menyusul kemudian.